• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

IPOH, 10 April 2025 – Seramai 29 orang warga kerja telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIPk bagi penilaian tahun 2024.

Majlis yang penuh bermakna ini disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini.
Majlis turut diserikan dengan pelancaran Tabung Idea MAIPk yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Peti Cadangan. Ia merupakan inovasi baharu bertujuan untuk mengumpul, menyusun, dan menilai idea-idea baharu daripada warga kerja MAIPk. Penjenamaan semula ini diharap dapat mewujudkan persekitaran budaya kerja cemerlang melalui idea-idea bernilai tinggi yang mampu memberikan impak positif kepada MAIPk pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 29 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2024.

Sesungguhnya, pengiktirafan ini bukanlah satu noktah kepada perjuangan, malah menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan. Ia juga merupakan dorongan dan suntikan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih produktif serta berintegriti.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.